♥Bellaluna Hot Followers♥

Tuesday, July 11, 2017

Simptom Mak Mak

Bila dah lama tinggalkan blog, tak tahu dah mana nak mula. 5 tahun oi! Cukup lama.

Dulu, hidup Bellaluna ni penuh dengan tragedi cinta kan. Memang blog ni tujuan asal pon sebab nak monolog perih pedih hati menyulam cinta pon. Yelah, nak menyampaikan salam rindu pada yang tak mahu. Sampailah akhirnya Allah perkenankan nikmat bahagia cinta sempurna, jumpa tak lama tunang--lepas 6 bulan kawin! Wehuuu~ Syukur Alhamdulillah.

Jadi kini blog ni pastinya akan berubah tema. Tiada lagi tangisan, coretan sedih tentang hati yang ranap dipukul trauma cinta manusia. Insha Allah, hanya bahagia yang boleh dipertontonkan. Bukan semua, tapi cukup sekadar pengajaran dalam perjalanan rumahtangga.

Bellaluna sekarang dah jadi mak budak, mungkin pemikiran budak-budak dia pon dah hilang sikit. Kah! Dan yang pasti entry selepas ni lebih kepada simptom mak mak budak. Hikhik

Takpelah, kita cuba. Kalau sendu je lama takde entry baru, cari kita di instagram okay? @bellalunafky haa ig memang sehari 2-3 kali update gambar. Tak gambar si diva kecik tu, gambar makanan lah. Duh--- Biasalah mak mak.