Home Motherhood Travel Food Baby Stuff Relationship

Tuhan Sedang Berbicara Denganku...

Untuk sekian kalinya,
Aku bermonolog lagi...
Kali ini,
Tuhan lagi jadi saksi..
Dugaan apakah ini?
Tak tertanggung jiwa sekaligus jasad!!
Aku hambaMu yg lemah!
Ya Rabbi!!
Ya Rahim!
Ya Allah!!
Menidakkan takdirMu?
Tegarkah tekadku?
Menghadapi ujianMu?
Gagahkah minda dan sukmaku?
Atau aku perlu duduk diam berpeluk tubuh?
Atau bersama segenap kekuatan ku kumpulkan menentang dugaan?
Aku mungkin bisa lakukan antara dua...
Namun ada hati yang lebih parah,
Mungkin jua telah pecah,
Telah Kau ciptakan hatinya yang tabah,
Cuma aku,
aku,
aku Ya Tuhan,
aku...
aku tidak mampu melihat penderitaan dia...
Tolong aku Ya Allah,
Hentikan segala dusta, derita, delima,
Keringkan air mata kami, wanita...
Anugerahkan seagung kebahagiaan kami, wanita...
Limpahkan seharum kasihnya Muhammad kepada Siti Khadijah...
Usirkan semua nestapa kami, wanita...
Atau Kau ambil saja nyawa pembunuh jiwa raga kami, wanita!!
Mungkin jua Kau bisa menggantikan nyawa si pembunuh kepada nyawaku,
Biar aku terlanjur mementingkan diri,
Kabur dalam kegamatan tragedi ini...

Sebelum pelangi muncul...

Empat puluh sembilan hari lagi, episod melankoliaku kan berakhir. Beralih pada helaian baru, bersama ceritera baru. Hampir tiga ratus enam puluh lima hari berlalu penuh liku dan pilu. Ada bahagia tercalit disitu. Cuma keperitan lebih terserlah dizahir. Cukup mengajar aku erti hidup sebenar di muka bumi Tuhan Ar-RAhman Ar-Rahim.


Sayang amat mahal takrifnya… Inilah yang difitrah oleh Allah s.w.t kepada hambaNya. Sayang hanya tertulis pada perkataan. Tetapi gagal dilihat pada zahirnya. Kerana sayang itu satu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya. Ingat pada yang satu dan jujur. Jujur pada yang setia. Setia pada yang kasih. Kasih pada yan rindu. Rindulah pada yang menyayangimu. Sayang tidak akan datang kalau tidak dicari. Sayang juga tidak akan dapat kalau tiada siapa yang memberi. Tetapi memncari biarlah pada yang setia. Bukan meminta pada yang simpati. Sayangilah wanita berhati murni, ada muslimah didalam diri, bersama cinta sejati lelaki…



Mei permulaan terlara, Ogos menyambut salam duka pertama;

Hidup ini kita diberi pilihan. Tatkala dia alpa pada janji yang tidak mampu dikota, aku memilih untuk menamatkan segala yang kami bina berdua. Gahnya ikatan yang aku pertahankan sebelumnya, hingga menjadi iri segelintir pihak. Biarkan. Biarkan mereka kembali tertawa seperti mana mereka tertawa pada pilihan hati ku suatu ketika dahulu. Cuma bezanya, kini mereka ketawa melihat rapuhnya perhubungan kami. Ah, persetankan mereka. Memang aku bukan malaikat, bila terlalu memuja pada yang sempurna. Namun aku punya iltizam serta pegangan utuh. Cinta yang kelam kerana tiada komited, aku perlu angkat kaki. Kerna aku ingin bercinta dan berkasih bukan untuk sehari dua. Tetapi hingga hujung nyawa. Masakan cinta yang pudar pada usia baru menginjak setahun jagung, perlu ku impikan hingga terpisah jasad dari nyawa? Wahai insan bergelar lelaki, aku terpaksa melangkah pergi. Tidak bersulam benci dihati. Masih berbaki cinta dihati. Tetapi aku pergi tanpa menoleh lagi. Kau punya alasanku pergi. Sekali lagi, aku sifatkan kau, satu-satunya lelaki yang bisa menghapuskan air mataku dalam sesaat cuma. Begitu juga, kau mampu melenyapkan tawaku bersilih tangisan hanya sesaat perlu. Kau terhebat, lelaki sejati! Kau terlalu bijak melakar keindahan dalam hubungan kita. Aku cukup bahagia bersama kau. Babak hidup kegemaranku itu kau! Jika kau antara yang membaca tintaku ini, berbanggalah! Seindah erti namamu dalam bahasa Perancis, iaitu Cinta. Aku pernah memujamu, wahai lelaki pecinta hawa!


September senyuman dipelajari;

Sembilan haribulan sembilan dua ribu sembilan. Tiga gabungan sembilan ini bagaikan tuah untuk aku. Feng sui meletakkan angka ini membawa kepada tempoh berkekalan. Mugkin hanya aku terlalu taksub kepada kepercayaan asing itu. Cinta dan perasaan ingin memiliki itu berbeza kalam dan maksudnya. Yang aku temui dimatanya adalah cinta! Ya, dia lelaki lain yang ingin bertamu dikalbuku hampir tiga tahun sekian lamanya. Kau setia! Kau terlalu berharga! Hingga aku tunduk pada setiap satu peristiwa yang kau cipta. Bagaikan nama, kau itu jelmaan kasihnya Shahjahan kepada Mumtaz. Pastinya aku adalah Mumtazmu. Tidak, kau tidak hadiahkan aku Taj Mahal. Tetapi kau kurniakan aku kebahagiaan yang teragung! Kau istimewa! Tiada cinta setanding kau! Kau ku letakkan teratas dalam takhta hatiku. Tiga tahun mungkin terlalu lama untuk kau menagih cintaku lagi. Lalu kau menyerah kalah. Walau pada musibah sekecil hama, kau mula membisu tanpa kata. Puas aku berpesan, jangan pernah tinggalkan aku tanpa sepatah kata. Sikap kau yang suka berdiam seribu bahasa, aku benci! Namun setiap kali itu juga, kau berperangai membisu. Benar, kesetiaan yang kau selalu pamerkan, menyahkan semua curiga mahupun kekecewaan aku. Kau tiada perempuan selain aku! Kau terlalu menyanjungi aku! Tetapi kau diam… Mungkin kau klasifikasikan diam itu sebagai ketenangan yang membawa kepada kedamaian serta keleraian sesuatu kekusutan yang melanda kita. Shahjahan jelmaan, teruskan meneliti ayat-ayat seterusnya jika kau turut menjadi pembaca tinta berdarah aku ini. Ketenangan yang kau dambakn, maka aku hadiahkan ketenangan yang berpanjangan. Usah ditanya kemana hilangnya maruah diri dan kewarasan fikiran berpaksikan hati. Kerna sesungguhnya, diri ini hanya ilusi dan jasad lama telah mati. Yang pasti, cela hidup yang reality… Maafkan aku mengorak langkah lagi. Bukan. Bukan aku yang kau panggil cinta sejati. Bukan aku. Aku Cuma insan tanpa hati. Yang kau percaya aku hanya akan terus mengecewakan semua lelaki. Itu hak kau menilai aku. Aku terima sumpahan keramat itu. Cuma selama bersama kau, anugerah Tuhan yang tidak terperi! Seratus hari kau bermimpi disayangi dan dicintai oleh aku, semadikanlah ia bersama kasih di hati yang berbaki. Seperti kata kau dulu, kau ingin ‘berlakon’ seolah-olah kita tidak saling memerlukan. Ya, lakukanlah! Aku perlukan kudratmu, bantu aku membencimu! Akhirkan semua yang kau cipta untuk aku! Lekas, hentikan semua! Langkah lesu aku angkat kaki.


Tsunami Oktober, titis-titis air mata;

Pertengahan Oktober, Tuhan mula menguji kehidupan hawaku lagi. Aku bukan mudah untuk beri muka pada mereka yang terlalu asing bagiku. Ntah kenapa, petang itu ringan kakiku mengatur langkah bertemu dua orang lelaki asing. Walau aku sedia maklum yang seorang itu suami orang. Niatnya ingin berteman, ku sambut mesra. Masih terbatas. Pertama kali aku mendongak wajah, mata dia yang bersatu dengan mataku! Aku rabun, tetapi irasnya jelas menghantar ketampanannya dari minda terus ke lubuk hatiku. Aku jatuh cinta!! Kalian dengarkan ini, aku jatuh cinta lagi!! Indahnya ciptaan Tuhan. Baru petang itu aku bisa terpaku menatap sekeping wajah hambaNya yang indah. Cinta pandang pertama barangkali! Tiba-tiba namaku disebut berkali-kali. Maaf lelaki berstatus suami, aku hanyut dan lemas melihat ketampanan teman kau itu hingga menidakkan kehadiran kau. Mahukah kau memperkenalkan dia kepada aku?? Nah… Memang kau akan makan hati selepas aku dapat mengenali lelaki ini. Kerna aku sudah tertarik padanya, tidak pada kau yang bergelar suami. Jauh sekali! Tersurat oleh Ilahi atau kebetetulan mengiringi? Apabila lelaki itu mempelawa aku keluar bersamanya? Aku gembira!! Aku riang melonjak suka! Tiga hari sahaja kami perlukan untuk jatuh cinta dan meluah rasa. Kami. Kalian ulang sekali lagi, kami! Kami! Seperti namanya, sepanas Matahari, mencairkan hati yang pernah aku bekukan menolak emosi berperasaan sebulan yang lepas. Aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga tertarik pada aku. Petahnya aku bertutur bicara, membawanya senang mendampingi aku, mengetepikan sifatnya yang pendiam dan pemalu. Disebalik amarah serta kedegilan aku, ada unsur kemanjaan yang dia teroka dalam diri aku, menguatkan lagi tarikan cintanya pada aku. Kematangan dia yang 4 tahun lebih berumur dari aku, membuatku ghairah menantikan kalimah cintanya. Inikah takdir Allah?? Menemukan aku dengan suami orang itu sebagai sandaran untuk permulaan hubungan kita? Jika itu hikmahNya, aku redha dan bersyukur atas kehendakNya. Syukran ya Rabbi!! Ternyata dia benar Matahari, meleburkan hati aku yang membeku seterusnya membakar sendiri hati aku yang belum pulih. Kau mencintai aku juga kekasihmu!! Seminggu perhubungan, kau buat aku menangis! Aku, aku tidak pernah alami musibah sebegini rupa. Tidak. Aku mengucap panjang. Dugaan apakah yang sedang menhadapi aku? Sakit. Sangat sakit. Jika aku tidak berhajat untuk mengakhirkan tinta pendek ini nanti, aku pasti ingin mencoretkan lagi setiap kepedihan, kesakitan serta kesuraman aku waktu itu. Cinta itu pasti ada pengorbanan tersirat. Akulah mangsa cinta tiga segi ini. Entah dari mana datang kekuatan dan semangat membelenggu diri, aku bangun dari lautan air mata sendiri dan bertindak. Sekali lagi, aku ada pilihan. Dan aku pilih untuk memilih jalan berduri. Bodohkah aku?? Kerna cinta, aku melukai hati sendiri. Tegarnya fikiran membohongi hati yang dicalar. Aku teruskan hubungan terlarang itu. Dia juga menyakinkan aku. Tetapi aku masih waras untuk menentukan logik emosi dan kecelaruan emosi. Untuk apa aku berharap pada suatu yang tidak pasti? Tuhan membantuku. Matahari itu, cuba membandingkan aku dengan kekasihnya. Itu tiada dalam kamus benakku untuk terus tabah dan biarkan ia memakan diri. Aku memberontak. Amuk. Sikapku yang tabah, dan terlalu menerima, jauh aku ketepikan. Sakit. Hanya itu perkataan terpacul dari mulutku. Lapan belas hari yang bermula dengan bunga-bunga cinta dia kepadaku, berakhir dengan hujan kebencian aku terhadapnya. Dia cuba memujukku dengan berita hubungan dia dengan kekasihnya yang terputus dan dia memilih aku! Benar, itu yang aku inginkan sejak mula. Namun, tidak masuk akal jika hubungan selama enam tahun berakhir kerana cinta tiga hari yang dia termui pada aku. Tidak. Aku masih punya akal. Mungkin benar dia putus, mungkin benar juga dia bisa menyambungnya kelak. Aku tidak terpedaya. Entah bagaimana hati membuat keputusan bersama fikiran. Aku katakan tidak pada dia. Sang Matahari, kau tidak pantas untuk memperoleh cinta dan kasihku. Kau cuma igauan aku yang hadir sebentar cuma tetapi cukup mengajar aku erti pengorbanan atas nama cinta. Selepas aku pergi, kembalilah kau kepada kekasihmu. Noda yang terpalit, pasti kau bisa hapuskan dan sekali lagi mengemudi bahtera kasih kau dan dia. Aku permisi.

Dia: ☆

die dtg tibe2 jew..
sumpah shaye xknal die..
tp die baekk..
shaye sukaa kwn dgn die..
shaye pggl die Bint☆ng..
die kwn shaye yg cute..
shaye sukaa..


Mr. Bint☆ng..
"I'd like 2 b da sort of fwen dat u'v been 2 me.. I'd like 2 b da help dat u'v been awez glad 2 b.. I'd like 2 mean s much 2 u each minute of da day, even u juz a new fwen of mine, 2 me along da way.."


xoxo

Epilog; Melankolia Bellaluna

Hati kecewa. Jiwa mengamuk. Jasad dicarik-carik. Fikiranku dibelasah rindu. Adakah yang sudi mendengarnya? Adakah yang bisa merasakannya? Atau mungkinkah semua alpa? Melupakan dan membiarkanku? Ah barangkali, hanya aku yang tegar meletakkan diriku bermastautin dalam daerah luka ini sendiri. Masakan tiada yang melihatku? Tandus dalam sangkar nestapa masa silam.


Luna, jika dirimu sendiri tak bisa memberi jawapan pasti, lupakan harapanmu mendamba jawapan dari orang lain! Sedarlah!


Tersudut kamar, terdiam kuterduduk. Terpampang bayangan masa silam menghanyutkan aku tersesat ke daerah luka ini kembali. Menangis, ketawa, tersenyum, marah, rindu dan kembali menangis. Hanya itu perlakuanku sehari suntuk. Monolog sendiri…


Untuk semua lelaki yang pernah ku cintai; wasiat kasih ini hanya bertujuan untuk dikongsi bersama. Agar kalian bisa menyelami bangkai hatiku yang lama sudah mati. Merasakan apa yang aku rasakan. Ciretera cinta kosong; “Melankolia Bellaluna”.

FORGIVENESS IS THE OIL OF RELATIONSHIPS




We could all do without the day we find out someone has been spreading rumors about us or even worse someone has made us feel damn hurt… When these things happen, it’s natural to be angry and hurt. I do… Hmm.. When the hurt is fresh, I vow that I’ll never forgive the person who made me upset. But after some time has passed and I’ve had the opportunity to talk it out or let the intensity of the pain subside, it’s time to think about forgiving.
Forgiveness doesn’t mean you are saying the behavior that hurt you was okay! Some actions are unforgivable, but most aren’t… Well, I was like holding a grudge, clinging to the hurt and pain… Then will just make me feel worse. Now I realized, once I have forgiven, there is space inside my heart to feel more joy, happiness and love…………!!