Home Motherhood Travel Food Baby Stuff Relationship

BELLALUNA; GADIS HATI FRAGILE

Dia tak minta Marc Jacob, Louis Vuitton, ataupun Ferragamo,
Apatah lagi sebiji kereta Bentley, mahupun Roll Royce,
Rumah bak istana kaca juga bukan,
Cuma apa yang dia dambakan hanyalah 3 perkara;

1) Cinta yang tidak berbelah bahagi
2) Perhatian penuh
3) Kematangan

Cukup.
Hanya sekian itu.
Tahu mengapa?
Kerna dia akur pada sifat sumbang serta kekurangannya,
Kalian tahu dia gadis yang macam mana?

Dialah gadis yang;
• Degil
• Hati batu
• Tidak pernah mengalah
• Keras kepala
• Sukar dipujuk
• Juga jahil memujuk
• Tapi mudah merajuk
• Dan yang paling penting, dia gadis berhati fragile

8perkara diatas pasti sukar ditangani bukan?
Sang teruna yang memiliki dia terutamanya,
Bisakah kau menyintai dirinya juga kekurangannya?
Bolehkah kau terima keburukannya selama kau mengasihinya?
Mampukah kau bertahan dengan kelemahannya dan tetap merindukannya?
Dan sedarkah kau tentang hatinya yang tidak ubah seperti agar-agar yang fragile?

Walau seminit kau diam,
Dia pasti tidak tentu arah kabutnya memikirkan kau,
Bila sejam kau biarkan,
Dia sudah tentu akan melancarkan perang emosinya,
Jika sehari kau bisu,
Dia bagaikan bunga yang layu,
Jadi bisa kau bayangkan jika kau tiada dalam hidupnya lagi???

Dialah hawa yang merana,
Dia juga hawa yang derita,
Kerana perhatian, kasih sayang, cinta, rindu dari kau,
Itulah yang dia dambakan selamanya.

Ayuh,
Papahlah jasadnya yang longlai lemah tidak bermaya,
Belai rambutnya, usaikan tangisannya,
Tatanglah hatinya seperti kau tidak mahu melihat ia hancur berkeping-keping,
Ucapkan kalimah cinta, bisikkan ditelinganya,
Dia pasti buka matanya,
Bersama muka merona warna merah,
Dia lantas berkata;
“hanya kau penawar hatiku…”

Ada sesiapa boleh pinjamkan bahu sebentar?



Saya menangis...
Pandang sekeliling,

Sunyi..

Saya sendiri...

Dinding,
Bunyi kipas,
Matahari nak sembunyi dah..

Siang matahari bisa temani saya,
Malam ni ada bulan penuh yang cantik untuk jadi kawan saya tak?

Air mata masih tumpah..

Kalau saya tak cerita,
Kalian bisa maengerti monolog ini?
Hanya dengan kelihatan titisan air mata?

*mencebik

Saya nangis lagi ni..
Boleh pinjamkan bahu tak...?





saat post ini terpapar, saya kembali pada jajahan emosi yang lampau serta tabiat setan yang pernah saya tinggalkan.

Kau ukir senyuman melihat air mata aku. Terima Kasih.


-->
Jika penyesalan yang kau mahukan dariku,
Demi Tuhan, sejuta penyesalan kini aku deritakan..
Jika deraian air mataku yang kau harapakan dulu,
Saban hari, mata ini semakin membengkak kehilangan butir-butir itu..
Jika melihat diriku lemas terkapai-kapai itu buat kau tersenyum,
Ya, aku seakan tenggelam di lautan air mata sendiri..
Jika kedukaan aku ini impian kebahagiaan yang kau imipikan,
Sempurnalah segala ciptaan impian yang kau dambakan..
Jika memilih dia, teman serta rakan seperjuangan sebagai jodoh Ilahi,
Aku disini mati..
Longlai langkah kaki ini,
Pergi tanpa destinasi,
Hampir tersembam ke bumi,
Hati tiada naluri,
Fikiran mencari erti,
Cinta sejati yang kau pernah beri..
Ya Rabbi,
Perkenankan doaku,
Kurniankanku ketabahan serta pengertian mukjizat dariMu,
Benar aku sendiri di daerah emosi yang semakin sangsi,
Namun aku sedar, walau fikiran melayang, hati berantakan,
Yang aku masih punya kasih sayang Kau..

Ego itu Lelaki

Saat perempuan itu mengesat pelupuk matanya,
bisakah lelaki itu merasakan dirinya amat berdosa?

Saat perempuan itu meraup wajahnya,
akankah lelaki itu merasakan dirinya amat zalim?

Jelas sekali, sukar lelaki meluahkan perasaan apabila ego menguasi diri..

Sukar lagi ingin menyatakan sayang apabila merasakan dirinya sudah terjerat dalam cinta yang cuba dibenci..

Lalu, jadilah dia seorang lelaki yang sukar dimengerti..

Maka perempuan itu berlalu pergi bersama rajuk dihati..

Rindu seorang perempuan yang terbang tanpa destinasi,
Kerana memujuk diri sendiri bukanlah enteng baginya,
Lebih mudah memujuk insan lain daripada memujuk hati sendiri..

Aku Rindu Cinta

Aku bukan pencinta agung, yang bisa membuatkan kau sentiasa rasa indahnya cinta tika bersamaku. Aku tak menjanjikan apa-apa yang istimewa buatmu. Pernah ketikanya aku menolak cinta. Tetapi, tika aku kehilangan cinta, aku sunyi mengenang cinta...aku rindu cinta... jika dia permulaanya kini..sudikah kalian menerima satu lagi cerita cinta?