Home Motherhood Travel Food Baby Stuff Relationship

Kau ukir senyuman melihat air mata aku. Terima Kasih.


-->
Jika penyesalan yang kau mahukan dariku,
Demi Tuhan, sejuta penyesalan kini aku deritakan..
Jika deraian air mataku yang kau harapakan dulu,
Saban hari, mata ini semakin membengkak kehilangan butir-butir itu..
Jika melihat diriku lemas terkapai-kapai itu buat kau tersenyum,
Ya, aku seakan tenggelam di lautan air mata sendiri..
Jika kedukaan aku ini impian kebahagiaan yang kau imipikan,
Sempurnalah segala ciptaan impian yang kau dambakan..
Jika memilih dia, teman serta rakan seperjuangan sebagai jodoh Ilahi,
Aku disini mati..
Longlai langkah kaki ini,
Pergi tanpa destinasi,
Hampir tersembam ke bumi,
Hati tiada naluri,
Fikiran mencari erti,
Cinta sejati yang kau pernah beri..
Ya Rabbi,
Perkenankan doaku,
Kurniankanku ketabahan serta pengertian mukjizat dariMu,
Benar aku sendiri di daerah emosi yang semakin sangsi,
Namun aku sedar, walau fikiran melayang, hati berantakan,
Yang aku masih punya kasih sayang Kau..

10 comments:

  1. DONT CRY. ITU BUKAN PENYELESAIAN.
    you choose : you nak dia sedih sebab dia terpaksa ke, you nak dia happy sebab dia rela.

    there's a man for you soon, A BETTER MAN.
    just wait, the time will come
    in life you have to expect the worst. be prepare and get ready okay?.

    ReplyDelete
  2. budak baru nk blajaApril 18, 2010 at 10:23 PM

    let by gones be by gones... or
    make your rite decision,what's you want rite now..

    org boleh ketawa melihat kita menangis..
    org boleh senyum melihat kita sedih.
    TAPI,,
    apa yg berlaku itu,kita sendiri tau..
    kenapa dan mengapa kita diperlakukan begitu..
    kite mmg tak boleh nk menjadi yg terbaik akan tetapi kite telah cuba sedaya upaya utk menjadi yg terbaik pada org disekeliling kita...
    cuba kita fikir?? apa silap kita sblm ini? apa yg pernah kita buat sblm ini? apa kita nak sebelum ini?? apa yg berlaku sebelum ini??

    "TEPUK DADA TANYA SELERA"

    pikir-pikirkanlah...sekian,

    ReplyDelete
  3. hmm..
    budak baru blaja:
    sy sgt menyesal skrg..
    btol kate pepatah..
    kte hanya akn hargai seseorg itu ble kte dh kehilangan die..

    ReplyDelete
  4. betul tu, bile kite dh kehilangan sesuatu tulah barulah kita merasa kehilangannya..time die ade,kite x perasan pn dan tak berapa nk hargainya..

    tapi,jika kita betul2 merasa kehilangannya, kita masih ada pilihan..samaada kita nk kembali pada sidia atau kita just go on dengan apa yg telah "tersedia" utk kita skrg ni..

    samaada dia cinta pertama atau dia tu seseorang yg telah membuat kita betol2 mengerti makna sayang.. hanya kita yg mampu mengubahnya..

    ReplyDelete
  5. budak baru blaja: sy xpunya kuasa utk kembali pdnya..
    permainan takdir Ilahi terlalu rumit..
    jika ada 1 keajaiban.. hanya 1 yg akn sy peruntukkan..

    utk kembali pd masa lampau,
    perbetolkan khilaf..
    persembahkan kasih dan sayang..
    hanya pada yang menghargai saya dulu..

    ReplyDelete
  6. hmm..nampaknya kenangan lalu tak pernah luput dari minda anda.. samaada kenangan manis atau pahit,semuanya masih berlegar2 diruangan minda saudari..

    kenapa masih dikenang kenangan pahit jika itu bisa buat anda bermuram durja. anda hanya "menyeksa" diri anda sendiri..lupakanlah kenangan itu jika itu boleh buat anda resah gelisah..

    kita mmg tidak dapat perbetulkan kesilapan yg telah kita lakukan dulu akan tetapi itu boleh dijadikan pengajaran berguna pd masa hadapan..

    ReplyDelete
  7. mungkin tidak keterlaluan jika sy buat pengakuan,

    sy hidup bersama memori silam..

    semuanya cukup bermakna..
    cuma ada satu babak,
    sy tersilap percaturan..
    langkah kaki sumbang..
    sy kecewakan insan yg sarat mencintai sy..

    namun kini semuanya sudah terlewat..
    teman karib sebagai ganti..

    hati sy mati..

    sy mahu kembali..
    kembali pd saat dia tabur janji,
    sy akan terus patri hati dan diri,
    supaya dia percaya,
    sy miliknya yg abadi..

    tp.....
    arghh.. sy sudah mahu melupakn semua..

    sy perlu berlaku adil pada masa sekarang..
    ada yang mendamba..

    persetankan masa duka,
    kini bahagia sy yg punya!!

    ReplyDelete
  8. lupakan sengsara lama..
    tinggalkan segala duka lampau..


    masih ada ruang dan peluang menanti di masa hadapan..

    jadikan memori lalu sebagai satu batu loncatan untuk anda terus mengejar dan menggapai impian akan datang..

    semoga semuanya jadi kenyataan..

    ReplyDelete
  9. tp sy tetap hidup bersama memori lama..
    itu harta yg paling berharga milik sy..

    ReplyDelete