Home Motherhood Travel Food Baby Stuff Relationship

Kau ukir senyuman melihat air mata aku. Terima Kasih.


-->
Jika penyesalan yang kau mahukan dariku,
Demi Tuhan, sejuta penyesalan kini aku deritakan..
Jika deraian air mataku yang kau harapakan dulu,
Saban hari, mata ini semakin membengkak kehilangan butir-butir itu..
Jika melihat diriku lemas terkapai-kapai itu buat kau tersenyum,
Ya, aku seakan tenggelam di lautan air mata sendiri..
Jika kedukaan aku ini impian kebahagiaan yang kau imipikan,
Sempurnalah segala ciptaan impian yang kau dambakan..
Jika memilih dia, teman serta rakan seperjuangan sebagai jodoh Ilahi,
Aku disini mati..
Longlai langkah kaki ini,
Pergi tanpa destinasi,
Hampir tersembam ke bumi,
Hati tiada naluri,
Fikiran mencari erti,
Cinta sejati yang kau pernah beri..
Ya Rabbi,
Perkenankan doaku,
Kurniankanku ketabahan serta pengertian mukjizat dariMu,
Benar aku sendiri di daerah emosi yang semakin sangsi,
Namun aku sedar, walau fikiran melayang, hati berantakan,
Yang aku masih punya kasih sayang Kau..

Ego itu Lelaki

Saat perempuan itu mengesat pelupuk matanya,
bisakah lelaki itu merasakan dirinya amat berdosa?

Saat perempuan itu meraup wajahnya,
akankah lelaki itu merasakan dirinya amat zalim?

Jelas sekali, sukar lelaki meluahkan perasaan apabila ego menguasi diri..

Sukar lagi ingin menyatakan sayang apabila merasakan dirinya sudah terjerat dalam cinta yang cuba dibenci..

Lalu, jadilah dia seorang lelaki yang sukar dimengerti..

Maka perempuan itu berlalu pergi bersama rajuk dihati..

Rindu seorang perempuan yang terbang tanpa destinasi,
Kerana memujuk diri sendiri bukanlah enteng baginya,
Lebih mudah memujuk insan lain daripada memujuk hati sendiri..