Home Motherhood Travel Food Baby Stuff Relationship

Simptom Mak Mak

Bila dah lama tinggalkan blog, tak tahu dah mana nak mula. 5 tahun oi! Cukup lama.

Dulu, hidup Bellaluna ni penuh dengan tragedi cinta kan. Memang blog ni tujuan asal pon sebab nak monolog perih pedih hati menyulam cinta pon. Yelah, nak menyampaikan salam rindu pada yang tak mahu. Sampailah akhirnya Allah perkenankan nikmat bahagia cinta sempurna, jumpa tak lama tunang--lepas 6 bulan kawin! Wehuuu~ Syukur Alhamdulillah.

Jadi kini blog ni pastinya akan berubah tema. Tiada lagi tangisan, coretan sedih tentang hati yang ranap dipukul trauma cinta manusia. Insha Allah, hanya bahagia yang boleh dipertontonkan. Bukan semua, tapi cukup sekadar pengajaran dalam perjalanan rumahtangga.

Bellaluna sekarang dah jadi mak budak, mungkin pemikiran budak-budak dia pon dah hilang sikit. Kah! Dan yang pasti entry selepas ni lebih kepada simptom mak mak budak. Hikhik

Takpelah, kita cuba. Kalau sendu je lama takde entry baru, cari kita di instagram okay? @bellalunafky haa ig memang sehari 2-3 kali update gambar. Tak gambar si diva kecik tu, gambar makanan lah. Duh--- Biasalah mak mak.

Kembali Monolog Lagi

Kurang lebih seribu lapan ratus empat puluh hari tidak bermonolog.
Rindu.
-----------Tapi dirindui tak?

Assalamualaikum follower kita
walau tak ramai, tapi kita tau kalian setia
dan kamu kamu yg jadi silent reader juga
kita dah kembali
jauh berbeza dari yang dulu
tapi masih seperti individu
yang suka monolog tanpa ragu
cuma kini tiada lagi sendu
hanya sibuk melayani anugerah yang dikirim Tuhan
seorang suami yang membahagiakan
dan seorang pari-pari kecil kesayangan.

Alhamdulillah
Syukur atas rahmatMu Ya Allah

Nantikan monolog kita di entry akan datang ya?