Lately ni aku byk terbaca perkongsian masalah rumahtangga di fb. Tp bila makin hari, makin byk kisah, pelbagai ragam, pelbagai rencah, aku asyik tanye KENAPA? Lepas lebih sebulan jalankan penyelidikan (cara aku), tak salah kalau aku ckp majority masalah rumahtangga yg dikongsikan berpunca daripada DUIT.
D-U-I-T
Kita selalu dibakarkan semangat utk terus usaha, dan dicelikkan mata utk peroleh rezeki yg murah dgn penceritaan Shuib dan Siti Sarah, takpun Johan dan Jozlyn, yg memewahkan isteri mereka sebagai membalas jasa isteri yg ada sejak mereka tidak punya apa-apa hingga kini punya segalanya.
Pernah dengar cerita yg sebaliknya?
Org kenal aku sebagai Bellaluna. Aku create nama tu sejak 2009 buka acc fb sebab aku nak bersosial tanpa mengganggugugat privacy life aku. Bukan aku anak vip taknak kongsi nama tp aku bukan jenis kongsi semua dgn stranger. Aku mesti nak tapis dulu pd siapa aku nak beritahu.
Tahun 2013, nama Bellaluna tu jugak yg dah merubah hidup aku 360 darjah. Aku langsung tak pernah terfikir aku boleh jadi peniaga. Aku jual seluar jeans. Bukan jeans biasa, tapi aku celup warna jadilah Bellaluna Ombre jeans. Hasil seni aku tu dapat sambutan sepantas kilat! Daripada 7helai order dari kawan2 kepada 300 helai serata Malaysia, UK, Jepun dan Indonesia.
Allahu. Rezeki Allah direct tepat pada aku. Langsung takde lencong-loncong. Gadis 25 tahun 25k sebulan. Allahu Akbar!
Masa tu aku berniaga berdua dgn si dia, Fikry namanya. Dia cuma uruskan pengeposan order. Lain2 dia pon tak berani nak campur sbb aku garang! Haha yek, aku bos yg garang! Garang sbb aku cerewet dan nak hasil yg terbaik je utk jeans aku. So kalau org selain aku sentuh, tu aku pantang. Sbb malas nak repeat buat oi.
Fikry sentiasa ada dgn aku, bila aku stress campur nervous sbb order masuk bertalu2 dalam whatsapp sampai hang hp aku. Bila aku stress warna yg aku celup tak menjadi. Bila aku stress clorox terkena bertompok kat jeans yg aku dah celup. Bila aku stress plastik poslaju habis, tak pun kakak poslaju taknak bagi borang pos banyak2 dia bagi 5keping jek. Bila aku stress ada satu dua whatsapp complaint maki hamun tak suka hasil yg aku penat lelah celup penuh sabar. Bila aku stress ada peniaga lain cuba tiru hasil ciptaan aku. Semua! Semua dia ada. Dan Fikry yg bantu selesaikan semua.
Sebab tu aku tak pernah berkira dgn dia, walau dia tak pernah minta, hasil pendapatan aku jual seluar aku pasti bg dia rasa sama. Kami kata tu harta sepencarian. Walau kami belum bernikah, tp tu duit kami bersama. Mewah? Lebih dari itu rasanya. Family tumpang sama.
Duit yg dtg pada kita, siapa yg tak bahagia bukan?
Tak lama lepas tu, tahun 2015 aku decide nak "berehat" sbb Fikry dah ajak kawin. Wee! Kami kawin 30 Mei 2015, dan sampailah hari ni 13 Feb 2017 aku masih "berehat" dr Bellaluna Ombre.
Pernah terfikir tak mcm mana aku hidup selepas tiada lagi 25k tadi?
Ye, aku punya kerja tetap. Fikry pulak jadi pegawai gomen. Alhamdulillah kami masih punya sumber pendapatan tetap. Soalannya CUKUP ke?
Aku yg dibesarkan dlm family jenis "nak mintak je" ---nanti mak abah mesti bagi, boleh ke hidup makan gaji je??
Fikry yg hanyalah kakitangan kerajaan, boleh ke dia kekalkan bahagia kami?
Masha Allah
Percaturan Allah itu hebat
Rezeki Allah itu luas
Kalau apa yg kita buat itu menuju redha Allah
Yakinlah Allah akan sentiasa CUKUPKAN
Dan anak kami, Eva Jennaira harini genap 14bulan, demi nak cukupkan makan pakai dia, demi nak adakan semua utk dia, segala yg susah kami cuba sebolehnya. Dan semestinya kami yakin rezeki itu ada pada setiap zuriat. Alhamdulillah semua yg berat, hampir kesemuanya dah terasa ringannya.
Memang susah utk Fikry lentur semula aku yg sebelumnya terbiasa petik saja semua rasa. Memang susah utk Fikry pujuk semula aku yg sebelumnya terbiasa tunjuk saja dia ke kaunter bayar.
Tapi kami masih bersama. Liat liat aku, Fikry tau mana nak lembutkan juga.
Janganlah letakkan isu DUIT itu berat seberat beratnya. Kelak kau takkan dapat nak menimbang kasih sayang korang dgn duit yg ada. Pak cik aku ajar; "jangan jadi bodoh bila ada duit (maksud dia belanja sakan sampai pokai) dan jangan buat bodoh bila takde duit (maksud dia xde duit meratapi nasib xnak usaha)"
Bahagia memang ada dijanjikan pada setiap helai wang kertas kita
Tapi bahagia pasti ada jika kita bersama dgn si dia yg sentiasa ada dgn kita
Aku susah dia ada
Aku senang dia ada
Aku biasa-biasa pon dia tetap ada
Nikmat Allah apa lagi yg aku mahukan?
Syukur syukur syukur Ya Allah
Kalau golongan have-have nampak bahagia, tapi belum tentu dia dapat tidur lena
Mana nak fikir harta sape nak jaga
Mana nak fikir masa nak jumpa keluarga
Jadi sedarlah, golongan biasa-biasa itu ada bahagianya
Tidur malam yg lena
Punya keluarga yg sokong sentiasa
Cuma kalian perlu senyum dan ucaplah Alhamdulillah
Tamaulah gaduh tema duit lagi ya?
Inikan Februari
Bulan berkasih sayang kita sesama insani
Aku kongsi sebab peduli
Ok dah pegi whatsapp bini/shuben minta maaf pastu balik kerja singgah beli KFC makan sekali sambil tengok tv
13 Februari 2017
Repost from my instagram
Review : Genting Highland Premium Outlet
Daddy buat hal tetiba Ahad, 18 Jun 2017 aritu ajak naik Genting shopping. Its was 4.30pm when he said "Jom pegi Genting Outlet!" Nasib baik Eva mmg suka sejuk2 ni, pakai sleeveless pon tadehal. Kahkah!
Okay ramai yg minta mami review GHPO ni. Jemput la baca 😚
Mami suka sini sbb parking mudah n banyak!! Tak susah, panas n jauh nk menapak msk ke butik sbb parking kt basement n roof top semua butik (ada 2 tingkat mcm JPO) tapi mami xjumpa lift, so tolak je stroller kt escalator.
Dr segi butik2, byk lg yg belum buka ie Cotton On. Sebab ni surprise trip dr daddy, for sure la die dh aim brand ape die nk kan, so daddy je la yg sakan tadi. Brg laki banyakkkk sgt pilihan ie RL, Adidas, Hurley, Rip Curl, Hugo Boss. Tp for women ada la Coach, Clarks, Charles & Keith, Moschino (handbag ciput je byk baju), Furla & Kate Spade. Coach mmg berbaloi2 sbb sale up to 70% kalau purchase more than 3 items (sale kaw2 until 22nd June only). Tp beratur hazabbbb 😅and sini baju baby xbanyak, ada Poney, Disney Cartoon and Guess Kids je la kot. So Eva dpt Clarks je la.
Overall (based on boutique brands) mami still suka JPO. #bukanbiased Tp JPO lg balance sbb ada for men, women n kids! Ehem Gucci pon ada kt JPO. Penang Design Village, Mitsui n AFamosa Outlet still cant lawan JPO la. Kite tunggu KL outlet tu pulak la.
Tapi its good to come here with family. Seronok shopping cuaca sejuk2 fefeeling mcm oversea gitu. Xla anak2 belengas berlari. Mami nk kejar Eva pon x basah ketiak, kering tekak sbb sejuk!
Oh ya makan? Food court die guna sistem card n topup. Kalau ada baki xleh refund. Later korg dtg lagi boleh guna, tp xsure expired date cmne. So kami td berbuka di The Chicken Rice Shop. Harga tak sama okay, kite makan tempat tinggi kan, tinggi beras ayam tu naik, tinggi skit la harga. Herher
Okay jemputlah ke @gentinghighlandspremiumoutlets and shop til drop (macam daddy Eva 😒)
P/S; kalau dah takde tempat nak lepak KL tu, datang sini and makan Baskin Robin sambil feeling oversea pon okay dah. Macam Eva ni haa, dah la sejuk, boleh dia nak ice cream lagi??!

Subscribe to:
Posts (Atom)