Home Motherhood Travel Food Baby Stuff Relationship

♥°˚˚°Happy Monthsary BellalunaFikry°˚˚°♥


Kembali sembuh dari hati gering yang berantakkan, apabila kalbu jiwa bagai dipujuk dengan belaian manja dan perhatian dari Matahari Kiki. Tidak salah jika ku bilang dia sangat manis. Perlakuannya serta layanannya membawaku berhijrah ke daerah gembira. Aku juga mula tersenyum semula. Sedari perpisahan lalu, aku seakan terlupa untuk menguntum senyuman. Kini aku bukan sahaja bisa berwajah manis, malah gelak tawaku bisa memenuhi setiap ruang atmosferaku kerana dia terlalu membahagiakanku. Sejak pertama kali perkenalan, entah bila tiada ku sedari, perlahan, tersudut kecil dalam kamar hati ada menyimpan segumpal sayang kepadanya. Entah bila bermulanya semua, aku masih kurang pasti. Yang jelas, diriku semakin menyenangi kehadirannya sejak Mac madu itu.
Pernah ku kalah pada ujian-Nya. Pernah ku rebah pada takdir-Nya. Malah pernah jua ku punah pada perintah-Nya. Hanya kerana tragisnya peristiwa berdarah, aku kira tiada lagi bahagia mengundang tiba. Walhal, aku lupa cinta itu anugerah Allah. Ia pasti ada buat sesiapa yang bergelar hamba-Nya. Walau buat kali kedua. Aku terkesima. Sesungguhhnya kekuasaan Yang Maha Esa ada seribu satu hikmahnya. Sungguh aku bersyukur ke hadrat-Nya, aku dikurniakan cinta sejati kedua kali! Cinta Fikry!
………………………………………………………………… *** ………………………………………………………………………
Sumbang sifatku pada mulanya. Kasar, tiada langsung kelembutan wanita. Dendamku pada kaum adam membuak-buak tika itu. Hatiku diperlakukan seperti sampah sebelum wujudnya Kiki. Benci dan dendam kesumat jadi penghalang. Namun itu semua cuma pada lelaki yang ku kira tiada berakal apabila cuba mengambil kesempatan keatas kesedihan dan kekecewaanku. Aku tidak sebodoh itu! Benar, aku lemah. Aku berpaut pada teman-teman kesayanganku yang sebenarnya jambatan bahagia yang ku redah menuju cahaya kasih Kiki.
Kelemahanku dan kekosonganku cuba ditagani dengan gurauan sepenuh masa yang mereka sediakan untukku. Mereka semua dengan rela dan berbesar hati ku gelar ‘abang’. Jujur, mereka sememangnya bertindak sebagai abang-abangku selepas peristiwa berdarah itu. Bermula dengan kesilapan Cell yang bertanggungjawab memberi Kiki, Blackberry Messenger (BBM) pin miliku. Sebetulnya, BB ku hanya bisa kedengaran bunyi hanya bila keluargaku bertanya khabar berita atau hanya panggilan dari teman rapat juga mereka yang ku gelar abang. Jadi, kalian pasti bisa bayangkan, betapa aku sukar sembuh dari luka lama. Tetapi Kiki entah datang dari mana dengan lagak bersahaja cuba melentur hatiku agar kembali bersuara gembira.
Tanpa ragu, aku hanya memberinya respon dingin. Aku rimas dengan lelaki yang hanya fikir aku perempuan yang mudah didampingi. Bonus bagiku bila Kiki mula sedar sifatku dingin dari mula terhadapnya. Dia BUANG aku dari senarai BBM miliknya! Aku? Syukurlah Tuhanku! Lepaslah aku dari makhluk ini yang menyesak nafasku.
Seterusnya, hari ku cuma terisi dengan gurau tawa bersama teman-teman kesayanganku (kalian sahaja tahu siapa kalian padaku). Aku sendiri semakin dimanjakan. Keretaku tiada lagi kelihatan meluncur kesana kesini apetah lagi masuk fakulti. Ada sahaja yang rela mengambilku. Itu seronoknya!
Masih jelas adegan pertama berjumpa, aku bersama Cell juga Lat menunggu Fafa habis kelas di fakulti petang itu. Niat melawakku rupanya punca segala. Aku mengeluh bila hampir sejam kami menunggu disitu, tiada lagi sesusuk tubuh yang mampu membuatku terpaku. Ini gurauku! Tiba-tiba entah bagaimana, Cell memanggil satu nama; Fikry! Skuter yang dia pandu laju lewat kami disitu lantas dia palingkan dan terus merapati kereta Cell. Aku kaku 10 nafas. Dia pamit. Laju. Ahh, mat rempit bisikku!
“Cell, dia tadi tu budak sport rec ke? Tak pernah Nampak kat fac pon??” Mulutku bertindak awal dari fikiranku.
“Laa baby.. Dia la yang add BBM u aritu. U tak cam dia ke? Cuba tengok, sama kan muka dalam BBM tu?” Sebelum kalian hairan, ya, Cell memang memanggilku Baby. Titik. Aku sentap. Otakku lenguh berfikir. Dia orang yang sama dalam BB ku? Dia orang yang aku dingin selalu? Dia orang yang aku rimas?
Lagi sekali otakku terseliuh! Dia sudah tiada dalam senarai BBM aku! Sah! Dia yang padam aku! Terima kasih, aku malu!
“Cell, I dah delete BBM pin dia laa. Patut la I tak cam muka dia.” Aku bijak susun tutur kata. Lantas Cell memberiku BBM pin Kiki lagi dan BB terus ku sambar.
………………………………………………………………… *** ………………………………………………………………………
“Mimpi ape u add I balik ni?” Nah, mukaku merah padam! Padan muka aku!
Hampir setiap hari ada sahaja BBM dari Kiki. Kadang-kadang, cukup sempurna biar hanya broadcast mesej cuma. Namun aku tetap dingin kepadanya. Sukar sungguh aku menzahirkan kelembutanku. Ya, kami hanya saling menyakiti dengan gurauan kasar. Sehingga dia menggelarku; Bobot! Ketawa! Nama tu mampak dungu mulanya. Aku tidak selesa digelar begitu. Jadi, ku cuba stabilkan amarah maluku dengan memanggilnya; Momot! Senyum pula.
Yang ini kukira agak kelakar seram. Baru sahaja aku meramahkan diriku meminta BBM pin Kiki, selamba aku mahu meminjam workshop1 CSP darinya. Laah, inilah yang kita patut banggakan bila berkenalan dengan senior. Setuju bukan? Dia? Tanpa sebarang tanya, rela! Aku tersenyum bangga! Malam itu, pendrive hijau epal itu jadi saksi kami. Parkir lot Melati itu jadi wali. Malang sekali, aku masih dengan lagak bongkakku, walau aku yang berhajat meminjam hasil kerjanya. Dia bersahaja lewat disebelahku lantas memberikan pendrive itu. Aku kaget, namun berjaya ku selindung dengan wajah sombong tidak bertempat milikku sejak azali. Aku janji akan pulangkan kepadanya, sebaik sahaja aku siap. Dia setuju dating menggambilnya dibawah rumahku.
Sekitar jalan dibawah rumahku, sudah ku anggap seperti Lorong Hj. Taib KL. Masakan tidaknya, setiap hari sesak dengan kenderaan yang tidak putus-putus singgah. Jika ku bilang, setiap masa juga ada logiknya. Barangkali, lorong rumahku ini artis atau pelajar perempuan cantik sahaja yang sewa. Perasan! Ah, lantaklah! Selang setengah jam selepas itu, Kiki BBM dan dia ada dibawah rumahku. Jadi aku longlai turun, tetapi tercari-cari dimanakah kelibat dia. Maaflah, aku sukar cam wajahnya. Mana tidaknya, sebolehnya aku tidak memandang rupanya sebentar tadi di parkir Melati. Habislah! Sudahlah ku rabun, silau pula dengan kenderaan yang berpusu-pusu di lorong itu. Mana kau, lelaki gila? Tangan aku tidak henti menghantar BBM bertanyakan kedudukannya. Bila aku terpandang kelibat Kiki, aku marah lagi. Kalian, dia ini mungkin makhluk berjiwa selamba, ekstrim cool, tetapi terlalu menyakitkan hati. Kiki datang dekat kepadaku selepas 13saat dia biarkan aku berdiri melihatnya bergelak sakan bersama kawannya didepan kedai makan. Aku menghulur pendrive itu dan berpaling. Dia juga membiarkanku. Sakitnya hati! Rasa nak picit-picit hidung besar dia tu! Gigit lagi bagus! Ahh, sudah!
Hari-hariku kian terisi dengan lawak kurang bijaknya yang sememangnya mencuit hatiku, tetapi kekal berbaur kasar dan selamba. Hati kering yang ku kira tidak goyah tegarnya, entah bila terusik jua.
Ternyata, diriku tidaklah sebegitu keras. Dek kerana gurauan kasar bertalu-talu darinya, aku terasa lantas mengalah. Aku suarakan rasa berkecil hatiku, lalu aku diam membisu tanpa sebarang BBM berbalas untuknya ketika itu.
“I won’t simply fall to a guy especially u!”
>>“I pun bukan nak girl sengal macam u ni..”
Tiga hari ku menghilang rupa, tiga hari dia jadi gila. Kalian, disinilah segalanya bermula.
………………………………………………………………… *** ………………………………………………………………………
Rabu; Mac 2, 2011
Hari rabu, hari kelas kami hanya berdepan. Hari itu juga, selepas tiga hari menyepi aku BBM Kiki. Aku cuba berlaku sedikit sopan wanita. Dia mengaku salah dan berjanji tidak akan berkasar lagi. Aku pula yang cemas. Sepatutnya ku bangga, aku menang bukan?
Khamis; Mac 3, 2011
Sebenarnya, hati remukku dalam tempoh terapi lagi. Lelaki sebelum, masih didalam kerangka perjalanan hidupku. Hari itu juga, aku sedih dan pilu. Nangis dan terus menangis. Tetapi, kami masih BBM sejak lepas kuliah petang itu.
Seterusnyalah, Kiki berlaku sumbang. Dia seboleh-boleh mengajakku keluar. Makan sundae choco top vanilla! Kalau umpannya cuma minum petang di kedai Mamak, ataupun layan goreng pisang petang sudah pastinya kutolak. Kemas umpan! Aku tidaklah melaram petang itu, hanya tshirt dan jeans. Mata yang bengkak merah, aku calit sedikit eyeliner. Pemerah pipi tidak perlu kerana hidung dan pipiku masih merah. Cukup sempurna!
Bersama sundae choco top vanilla, tasik Seksyen 7 seolah-olah menonton drama singkat kami petang itu. Kiki bijak menyelongkar bangkai hatiku. Satu persatu kisah silamku dicatit dalam ingatannya. Aku tidak menangis depannya. Tidak! Itu bukan aku! Apetah lagi dihadapan lelaki asing, yang baru muncul. Kini dia tahu, mengapa aku dingin padanya dan semua lelaki.
Adengan malamnya, aku bersama abang-abang yang lain serta Kiki keluar bersama. Pada mulanya, aku menolak. Workshop5 CSP aku masih tidak sentuh sedangkan Jumaat esok nak hantar. Tetapi Kiki memujukku lagi. Dia janji dia akan tolong teman buat bersamanya. Lahh, aku lupa kami ambil subjek yang sama. Aku kembali yakin, jadi keluarlah!
Masih terngiang-ngiang bait-bait lagu keramat itu;
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku..
Meskipun tiada satu orangpun yang tahu..
Sebelum malam itu, lagu itu sekadar lagu yang pastinya bukan pilihan halwa telingaku. Tetapi aku bagaikan gian mendengar lagu itu selepas aku lihat Kiki memandangku dan menyanyikan lagu itu. Biarlah aku perasan, kerana jika tidak aku sendiri masih bersama dingin yang berbaki.
Sekitar jam 5pagi, kami semua melepak di Khalifah 7 tetapi hanya aku dan Kiki cuba gagahkan diri menyiapkan workshop5, CSP. Padanlah muka kami.
“Mata u cantik lah!” Mabuk agaknya seorang kawanku yang memuji Kiki. Aku terus sibuk menaip selepas memandang matanya 4saat. Mata kami bertembung! Aku sesak nafas!
Jummat; Mac 4, 2011
Babak malam itu, ku pertontonkan dihadapan 4 orang teman perempuan sekelasku ketika kami teruja belajar akaun bersama di McDonald. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tibanya halilintar yang Kiki hantar. Dia nekad untuk tamatkan perkenalan kami malam itu. Dia ingin pergi. Kami beremosi dalam BBM. Aku pinta dia datang kepadaku dan berbincang. Kiki menculik aku semasa kalkulator sibuk kutekan-tekan.
>>“Kite nak pergi, sebab kite takot.”
“Takot apa??”
>>”I do feel something towards u, but I don’t know what.”
“Ouh please, u just let yourself being so confused! Its nothing!”
>>”u tak kenal siapa I lagi.”
“U pun tak kenal siapa i. Look, I like to have friend like u. Its been quite some time I don’t have any guy friend who are very close with me that I can share everything with til I found u! Lets just keep being friends, would u?”
>>”u tak faham. I takot if I fall for u! Ya, now I admit that I do feel something weird between us. But I don’t know what about u. and I bet, u just don’t care.”
-----------------------------------------------------------( sepi )----------------------------------------------------
“Fine.. If u insist to go, just go Fikry! But don’t u dare to turn back to me.”
>>“Hmm.. See.. Dah agak awk akan cakap macam ni..”
“Coz if u turn back, I would never let u go anymore…………… Pergilah, lari jauh-jauh. Jangan patah balik. *nada perlahan lagi---> Selangkah awak patah balik, kita berlari ke depan dapatkan awak………………….”
-----------------------------------------------------------( sepi )----------------------------------------------------
Sebelum aku membuka pintu keretanya, McDonald pula jadi tapak drama sebabak. Kiki sempat menarik tanganku…
“Awak pergi je lah…” Ucapku hambar lalu keluar dari perut keretanya.
………………………………………………………………… *** ………………………………………………………………………
Sedari pegangan tangan ku leraikan, jantungku berdegup laju. Ferrari mungkin tidak selaju jantungku! Apetah lagi myvi kelabu dia! Hatiku bagai dipijak-pijak, sakit tapi ngilu sedap! Berdebar-debar. Macam ada kejutan elektrik di sekujur tubuhku! Kalian bisa bayangkan perasaanku tika itu bukan? Kalian tahu apakah maknanya semua itu?
Lama sudah aku tinggalkan perasaan ini. Rindu! Kali terakhir aku merasakannya, tahun lepas. Tetapi malam itu, aku rasa lagi! Cuma kali ini dengan lelaki misteri dan asing namanya Kiki! Ada apa dengan dia? Mengapa perasaan itu hadir bila bersama dia? Kenapa orangnya dia?
Hari-hari seterusnya kami kerap bertemu. Mungkin setiap hari! Macam-macam pengalaman aku ukir bersamanya. Suka dan duka. Proses suai kenal kami ekstrim, kasar, tetapi selamba sayang. Ada hari, aku gelakkannya, ada hari aku menangis dibuatnya.
………………………………………………………………… *** ………………………………………………………………………
Tiga puluh satu purnama ke tiga tahun dua ribu sebelas ini melakar sejarah, memahat dua hati, menyemai kasih, antara Bellaluna dan Kiki. Malam itu, lain dari kebiasannya. Kiki nampak selamba, tetapi dia lupa aku bisa membaca gerak geri sumbangnya. Dalam kereta itu juga, tiba-tiba dihulurnya Cactus pot yang sangat comel bersama kad merah kuning, lalu dia menyusun kata;
“Bellaluna… would you be my girl? Would you be my scarlet until my last breath?”
It's always been about me, myself, and I
I thought relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy saying I had love that wouldn't last
That was the only way I knew 'til I met you
You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do do
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh what did I get myself into?
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do
Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust I've never felt it like I feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through
So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do do
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
What more can I get myself into?
You make we wanna say
Me, a family, a house, a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm eighty years old I'm sitting next to you
And we'll remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do do
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do do
Cause every time before it's been like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let us go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you
♥♥•°˚˚°•♥♥•°˚˚°•♥♥•°˚˚°•♥♥•°˚˚°•♥♥•°˚˚°•♥♥•°˚˚°•♥♥•°˚˚°•♥♥
Terkesima minda,
Terkelu lidah,
Terpempan jiwa,
Saat pelangi yang dulu berlalu sepi,
Tiba-tiba muncul Matahari berwajah seri,
Bersama sekeping hati,
Hajat penyatuan terus bersemi,
Kini kaulah kesayangan hati…
Bersama kalam cinta,
Termetrai sudah janji setia,
Bersulam rindu menderita,
Kau pahatkan kasih didada,
Kau ukirkan satu nama,
Di jiwa yang dulu lara,
Kini tumbuh bunga-bunga bahagia,
Dahan kasih berbuah rindu,
Tertanam akar setia,
Suburlah rasa cinta kita berdua…
Mac teristimewa,
Mawar cinta mekar indah,
Dalam hati,
Ada cinta,
Meski tak terluah,
Pasti ada nada,
Degupan jantung bersama seruan nama,
Satu nama milik jiwa,
Yang takkan ku lepaskan kali ini,
Biarlah terus ku miliki,
Sekeping hati sarat cinta suci,
Ikhlas darimu duhai Fikry…
Mac teristimewa,
Menjadi paparan indah untuk semua,
Agar kalian tahu dan sedar,
Akulah perempuan bertuah,
Dianugerah cinta kedua,
Merawat semua luka nestapa…
♥♥•°˚˚°•♥♥•°˚˚°•♥♥•°˚˚°•♥♥•°˚˚°•♥♥•°˚˚°•♥♥•°˚˚°•♥♥•°˚˚°•♥♥

No comments:

Post a Comment