Home Motherhood Travel Food Baby Stuff Relationship

Statik


Semalaman bertukar seharian. Mataku masih berkaca. Pipi kekal basah. Kepala pusing. Berat.. Hati bagai disebat-sebat. Sempit dan perit. Adakala terasa jantung bagai nak pecah. Sesaat dua dia terhenti berdegup aku kurang pasti bagaimana. Semua aku lalui sendiri.

24jam tanpa cinta dia. Ya, itu lah semua gambaran perasaanku. Itu belum terjemahkan layar fikiranku. Seakan ada perarakan memori lara dibenak yang tidak sekalipun berhenti berlangsung apetah lagi bila aku cuba pejamkan mata.

Seumur hidupku, inilah malam celaka cintaku. Sungguh, tidak pernah lagi semua itu dilakukan kepadaku. Aku terasa hina, keji dan antagonis. Panggilan manis juga sudah kelam tak kudengar dek amarah dia.

Biarlah episod epilog ini tercatat dalam peristiwa hati dan minda aku seorang. Namun, semua itu membuatkan aku buntu. Entah mana satu jalan harus kutuju. Untuk terus tinggal dalam daerah cinta kami, aku bisa jadi tidak adil. Kerana dia sepertinya sudah tawar. Malah, jika aku statik disisi, hati dan minda aku sudah ternoda. Masakan aku bisa melupakan apa yang dia perlakukan kepada aku ketika amarah hanyalah pilihan yang dia ada. Subhanallah, aku keliru.

Aku cintakan dia, Mohamad Fikry. Dialah cinta teragung aku. Cuma bukan aku syurga cinta dia. Khilaf aku untuk sekian kalinya terlalu berdosa baginya. Aku masih berfobia dengan tragedi tahun sebelumnya, dan dia masih mengaplikasi tindakan sumbang aku berdasarkan pengalaman lampau dia bersama yang sebelum aku. Aku tidak seperti mereka. Yakin disini, aku lebih mencintai kau lebih dari mereka pernah. Namun, jika kau lihat persamaan pada kami aku juga bisa terdorong untuk berpaksikan pada penangan ayat lelaki semua sama sahaja tiada yang jujur belaka.

Sedarlah sayang, bukan mudah bagi aku untuk berdiri bukan sebagai kekasih kau. Jangan kau pandang enteng pada perasaan cintaku pada kau setiap kali amarah kau membara. Sepi mengajar aku tentang keperluan terus mencinta dan dicinta.

Rindu memaksaku terus menyayangimu. Gangguan emosi dan perasaan aku bisa biarkan basi sendiri. Tapi yang pasti, walau pedih, walau perit, terpaksalah aku menghadapi. Kau tahu kenapa?

KERANA AKU SAYANG KAU LA BODOH

Kau mengajar aku apa ertinya cinta. Bagi aku, cinta itu bila wang ringgit bukan lagi kepentinganku tapi KAU. Cinta itu bila aku mampu menangis memikirkan khilafku sambil merindukanmu berhari-hari sedangkan tiada sebutir nasi atau makanan singgah diperutku. Aku terlupa tujuan hidupku, keperluan makanan dan hukum alam fitrah manusia. Cinta itu bila aku alpa pada keberadaan aku bersama keluarga bila apa yang hanya aku inginkan cuma bersama disisimu. Itulah tanda cintaku pada dirimu.

Maafkan aku, maaf sejuta kali maaf. Andai ada lagi peluang untuk kita berdua perbaiki hubungan ini, sudikah kau memanggil aku kekasihmu sekali lagi?

No comments:

Post a Comment